HOMESTAY KOPEN PORT DICKSON

  • Apartment Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan

Homestay KOPEN terletak betul-betul di atas pantai persendirian milik Corus Paradise di antara Pantai Bagan Pinang dan Pantai Saujana Port Dickson. Banyak aktiviti yang ditawarkan seperti:

Memancing ikan atau menangkap ketam. Ketika air pasang, balkoni homestay betul2 berada di atas air laut yang amat sesuai untuk memancing ikan. Ketam juga banyak terdapat di situ dan amat mudah ditangkap sekiranya membawa peralatan yang sesuai.

Kemudahan kolam mandi milik hotel juga boleh digunakan dan dikenakan kadar bayaran yang amat munasabah kerana hotel dan service apartment berada hanya bersebelahan.

Muzium tentera darat terletak 4.4 kilometer atau bersamaan 7 minit perjalanan dengan kenderaan. Muzium ini terbuka untuk kunjungan awam.

Pantai yang landai dan agak bersih sesuai untuk aktivit mandi manda.

Aktiviti barbeque juga boleh dibuat memandangkan terdapat facility dan tempat untuk membuat barbeque.

Pihak hotel menyediakan perkhidmatan Banana Boat sekiranya ada yang berminat dengan aktiviti air.

 

KOPEN mempunyai dua (2) unit apartment untuk disewa secara harian. Apartment tersebut terletak di tingkat bawah.

Kemudahan yang disediakan :

1. Dapur
– Meja makan
– Peti sejuk
– Perkakasan untuk memasak (periuk, kuali, senduk, dapur elektrik, periuk nasi)
– Utensil (pinggan, mangkuk, sudu, garfu)

2. Ruang tamu
– Meja
– Kerusi
– Kipas siling
– Televisyen (Njoy)

3. Bilik mandi
– Pancuran mandi (water heater)

4. Bilik tidur
– 2 bilik tidur (1 queen & 1 single) dan (2 single)
-Penghawa dingin 

Untuk menempah penginapan, sila hubungi pihak KOPEN di talian 03-8741 5541

Gambar Dalam Homestay

Scroll to Top