SYARIKAT BERSEKUTU

KOPEN MAJU SDN BHD

Bermula tahun 2018, Kopen Maju telah melaksanakan penyeragaman bagi lebih 80  produk dan harga untuk barangan kantin jumpa di semua institusi penjara. Menerusi penyeragaman produk, satu jalinan pemasaran menghubungkan Unit Vokasional dan Industri, Kopen Maju dan PERSIAP di mana kesemua organisasi ini dapat menikmati hasil keuntungan untuk mecapai visi dan misi masing-masing. Tujuan penyeragaman ini adalah untuk mengelakkan sebarang aduan dari keluarga banduan yang mana harga dan produk di setiap institusi penjara adalah tidak seragam dan boleh menimbulkan masalah.

Penyeragaman ini juga membantu Unit Vokasional dan Industri dalam mengembangkan lagi pasaran produk My Pride yang mana dapat menunjukkan kemahiran banduan dalam membuat produk untuk dipasarkan ke institusi penjara dan pasaran luar.

Menerusi perbincangan dan persetujuan Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kopen Maju juga telah melaksanakan penyeragaman reka bentuk iaitu “PRIDE MART” untuk kantin tempat lawatan banduan di institusi penjara. Sehingga kini, Kopen Maju telah berjaya melaksanakan penyeragaman reka bentuk di beberapa kantin tempat lawatan di institusi Jabatan Penjara Malaysia.

Bagi sebarang pertanyaan berkenaan produk dan perkhidmatan, KOPEN MAJU SDN BHD boleh dihubungi di :

No. 8 Jalan Mega 2/1,
Kawasan Perindustrian Mega 2,
43500 Semenyih, Selangor

No. Telefon : 03-87278730 / 016-2287500   
No. Faks : 03-87278731   
email: kopenmaju@hotmail.my

Scroll to Top