Pemborongan & Peruncitan

PEMBORONGAN & PERUNCITAN

 

 

 

Sehingga Jun 2020, terdapat 13 kopenmart yang beroperasi di seluruh Malaysia. Aktiviti utama kopenmart adalah memberi kemudahan kepada penduduk di kuarters Penjara untuk mendapatkan barangan keperluan harian seperti barangan keringdan basah dengan mudah tanpa perlu ke luar kawasan kuarters. Selain daripada aktiviti peruncitan, kopenmart juga ada menyediakan perkhidmatan tempahan songkok istiadat dan juga jualan aksesori pakaian bagi memudahkan pegawai penjara untuk mendapatkan barangan tersebut. Jualan aksesori mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak pegawai penjara. 

 

 

 

Pada tahun 2012, KOPEN telah dilantik untuk mengetuai EPP pemborongan dan peruncitan kerana mempunyai pengalaman membuka sebanyak 12 buah kopenmart dan berpengalaman membekalkan barangan secara borong kepada institusi penjara. 

Pada tahun 2014, KOPEN telah dilantik sebagai ‘distribution centre” (DC) oleh SKM. Pada penghujung tahun 2014, tertubuhnya unit pemborongan dan dikenali sebagai SG Coop Retail & Wholesale (SG = Selangor). 

                                                                     UNTUK MAKLUMAN LANJUT

Eksekutif Unit Pemborongan : Mohd Firdaus Muhmad Noor

NO. HP  : 016-8880667

                 011-10100667

Facebook : sg coop

Scroll to Top