Pembiayaan
Â
Â
Kegiatan utama KOPEN masih tertumpu kepada kemudahan pinjaman berjamin anggota – anggota pada kadar faedah yang berpatutan. Kadar faedah semasa telah dinaikkan kepada 5.9% bermula pada bulan Oktober 2015 kerana KOPEN telah menggunakan dana yang disalurkan oleh Bank Islam untuk membiayai aktiviti kredit. Dana yang telah diluluskan oleh Bank Islam adalah sebanyak RM33 juta dan ianya telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membuat pinjaman luar setelah mengambilkira kemampuan bayar balik pinjaman oleh KOPEN kepada Bank Islam dan juga “track record” lain – lain bayaran KOPEN bagi pembiayaan yang dikeluarkan oleh SKM. Sehingga setakat Jun 2020, KOPEN tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan pembiayaan kepada anggota.Â
1. PEMBIAYAAN PERIBADIÂ
Sehingga RM150,000.00 mengikut kelayakan (Pekeliling Koperasi Bil : 01/2006 had potongan gaji adalah sebanyak 60% daripada jumlah pendapatan) dengan kadar faedah 5.9% setahun.
2. PEMBIAYAAN BARANGAN / PERKHIDMATAN PENGGUNA
Pembiayaan Barangan ElektrikÂ
Pembiayaan Barangan KemasÂ
Pembiayaan Barangan Elektronik
Pembiayaan Hari Raya (RM5,000.00)
Pembiayaan Persekolahan (RM3,000.00)
*Had pembiayaan barangan mengikut kelayakan gaji.
3. PEMBIAYAAN 90% ATAS JUMLAH YURAN
(Kadar faedah 3% setahun)
- Â
*Borang pembiayaan boleh diperoleh di bahagian muat turun*
SIJIL PEMATUHAN SYARIAH
