PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

Prinsip Pertama : Keanggotaan Sukarela dan Terbuka

Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna perkhimatannya dan yang sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama.

Prinsip Kedua : Kawalan Demokrasi oleh Anggota

Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya mengambil bahagian secara aktif di dalam usaha menentukan dasar dan membuat keputusan. Lelaki dan wanita yang berkhidmat sebagai wakil yang dipilih bertanggungjawab kepada semua anggota. Di dalam Koperasi Asas, anggotanya mempunyai hak mengundi yang sama (iaitu satu ahli satu undi) dan koperasi-koperasi di tahap lain disusun secara demokrasi.

Prinsip Ketiga : Penglibatan Ekonomi oleh Anggota

Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu. Pada umumnya, anggota yang menyumbangkan modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima pulangan terhad, jika ada. Anggota akan membahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan berikut : memajukan koperasi mereka mungkin melalui rezab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagih-agihkan kepada koperasi itu, dan membantu kegiatan lain yang dipersetujui oleh keanggotaan.

Prinsip Keempat : Autonomi dan Kebebasan

Koperasi adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika koperasi itu membuat perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan, atau mendapat modal daripada sumber luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil autonomi koperasi itu  dikekalkan.

Prinsip Kelima : Pendidikan, Latihan dan Maklumat

Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan koperasi mereka. Koperasi memberi maklumat kepada rakyat umum khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.

Prinsip Keenam : Bekerjasama di antara Koperasi

Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional, serantau dan antarabangsa.

Prinsip Ketujuh : Berprihatin Terhadap Masyarakat

Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.

Scroll to Top