ANAK SYARIKAT

KOPEN TELECOMMUNICATION SDN BHD

KTSB beroperasi di alamat A2-G-12, Pangsapuri Prima Cempaka, Kajang Prima, 43000 Kajang, Selangor. Pada peringkat permulaan iaitu pada tahun 2009, pihak KTSB telah memulakan perkhidmatan ini di beberapa penjara iaitu di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Perkhidmatan ini mendapat sambutan yang amat baik daripada pihak penjara dan pihak tahanan sendiri. Bagi memenuhi permintaan pengguna, pada tahun 2010, KTSB telah membuat penambahan perkhidmatan di beberapa institusi jabatan penjara iaitu di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah. Sistem ini dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi Jabatan Penjara Malaysia. Sehubungan itu penggunaan sistem ini dipantau dan diselia sepenuhnya oleh Jabatan Penjara Malaysia. Penggunaan sistem ini diberikan secara berjadual bagi memastikan semua tahanan diberi peluang menggunakan perkhidmatan ini. Sekiranya berlaku permasalahan  yang melibatkan sistem talian dan penggunaan kad telefon, pihak institusi boleh membuat laporan kepada KTSB untuk diambil tindakan bergantung kepada situasi yang sedang berlaku.

KOPEN TELECOMMUNICATION SDN BHD boleh dihubungi di :

NO. TEL: 03-87330017 (PEJABAT)
NO. HP : 016-7011234 (SITI) / 013-2861234 (LAILI)
EMAIL: kopentelco@gmail.com

Scroll to Top