MENGENAI KOPEN

Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN) ialah sebuah koperasi yang berdaftar di bawah Ordinan Koperasi Malaysia Bil. 33 Tahun 1948. KOPEN ditubuhkan pada 6 November 1981 dengan nama asal Koperasi Jabatan Penjara Semenanjung Malaysia Berhad. Pada 22 Mac 1996, nama tersebut telah ditukarkan secara rasmi kepada Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad (KOPEN), menandakan perkembangan peranan dan capaian kami di peringkat nasional.

Sejak penubuhan, KOPEN komited memacu kesejahteraan ekonomi anggota melalui solusi kewangan, perniagaan runcit dan borong, perkhidmatan kebajikan serta pelbagai inisiatif bernilai tambah. Berlandaskan prinsip koperasi, kami memberi tumpuan kepada manfaat bersama, kebertanggungjawaban, dan kelestarian.

Fokus & Perkhidmatan Kami

Kegiatan Utama  :

Menyediakan kemudahan simpanan dan perkhidmatan pembiayaan kepada anggota.

 
Aktiviti Lain Koperasi :

Sehingga Disember 2024, KOPEN mempunyai 7,848 orang anggota. Jumlah yuran dan saham terkumpul bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 adalah sebanyak RM27,193,259.26.

Scroll to Top